September 27, 2011

Sedar atau tidak . .

Assalamualaikum.
             
             Aku tak dapat tidur. sekarang 3.32 a.m ..tadi hujan , sejuk je kat sini, Alhamdulillah..aku suka suasana macam ni..
             Aku nak ceritakan sebahagian daripada kisah hidup aku walaupun aku tau tak ada siapa nak baca kat sini. (=.=") . Aku bekas pelajar STPM 2010 tapi aku belum ade rezeki nak sambung belajar..
ramai yang pandang rendah pada aku sebab lepas SPM aku tak sambung belajar ke universiti ,
sebaliknye aku pegi sambung ambik STPM. Bukan aku tak nak sambung belajar ke universiti..
tapi kos yang aku dapat tu aku tak minat..nak kata aku memilih? YA! memang aku memilih.
Apa salah aku? Aku berhak tentukan masa depan aku. Keluarga aku tak menghalang , merekalah yang selama ini memberi dorongan kepada aku. Terima Kasih mak,abah,abang,angah,adik. (T__T)

Kalau berdasarkan result STPM , aku memang layak sambung pengajian ke universiti..tapi mungkin belum ade rezeki. Aku tak pernah menyesal! Tapi ape yang aku kesalkan...sesetengah orang yang pandang rendah pada aku....ape salah aku? aku ambik STPM bukan guna duit "kamu" .
Kenapa "kamu" selalu nak memperlecehkan aku? .

"Mak Su rase kamu ni rugi ambik STPM"
"ko ambik STPM weh?? hahaha"
"oit ,dapat ker sambung wat degree???"
"STPM jer?"

atas tu antara dialog yang membuatkan aku terpaksa senyum walaupun dalam hati ni aku rasa nak lempang orang yang cakap macam tu...ya, aku tak akan membalas balik kata2 orang yang memperlecehkan aku..bagi aku, tak ada gunanya aku membalas setiap kata2 yang menyakitkan hati tu .
Cuma ape yang aku mintak, janganlah kamu mengata, melemahkan semangat dan memperleceh seseorang yang semangatnya seakan hilang kerana kecewa degan sesuatu yang belum dapat dia capai. Sebaliknya kamu tolonglah berikan dia semangat untuk terus mengejar cita2nya agar dia kembali yakin, kembali tenang, kembali bersemangat atas dorongan yang kamu berikan.
Kadang2 aku geram dengan sikap SESETENGAH MANUSIA yang hanya tahu mengutuk, mengata,
memandang rendah, mentertawakan kegagalan orang lain..bila orang tengah susah payah mengejar cita2nya, kau kutuk.
TAPI apabila kami dah berjaya, apabila kami mula berjaya menggapai "bintang di langit" (ececeh ayat aku) , kau mula nak dengki, iri hati dengan kejayaan itu..kenapa???? sedangkan saat kami sedang bersusah payah, kamu gelakkan kami, bila kami berjaya, kenapa kamu tak puas hati?

atas tu gambar masa kitorang pegi Universiti Malaya..ape? mana aku? cari la sendiri. hahaha.

Aku ade cerita menarik untuk dijadikan pengajaran.
Abang aku yang kedua, aku panggil die Ngah. Aku sebenarnya kagum dengan berkat kesabaran dia masa dia menganggur dulu..lepas SPM dia belum ada rezeki untuk sambung belajar..lebih 2 tahun dia menganggur..dalam tempoh tu, kawan2 dia yang lain ramai yang dah melanjutkan pengajian ke universiti..
Aku ingat lagi ada kawan dia datang rumah kami, kawan dia cuma nak bagitau pasal kawan dia dapat tawaran ke universiti..sanggup datang rumah semata2 nak cakap itu jer? sebelum ni tak pernah nampak muka pun. Jiran kami dekat sini ramai yang asyik menyibuk mengata abang aku tak ada kerja.
Manusia..suka berkata2 apa yang tak pernah nampak. Orang yang mengata tu tak pernah nampak "kerja" abang aku masa dia menganggur dulu. Dialah yang pergi pasar, dialah yang hantar aku dan adik ke sekolah, dialah yang hantar aku dan adik pegi mengaji, dialah yang mengecat rumah, dialah yang menjaga rumah, dialah yang paling rajin menolong mak aku memasak, dialah yang memasang menyusun corak batu bata sekitar rumah ni sampai rumah kami nampak kemas dan bersih. Dialah yang banyak melayan kerenah aku dan adik seperti tolong pam tayar basikal kitorang, tolong bawak pegi kedai petang2, bawak kitorang jalan2 naik motor, tolong kitorang pasal kerja sekolah, tolong itu, tolong ini, macam2 lagi.

Dia tak pernah putus asa, rajin solat, semangat dia kuat. bukan macam semangat aku.
Dia cukup penyabar. Pernah beberapa kali gagal dalam temuduga . Berkat kesabaran dia, dia dapat teruskan pengajian dia dalam bidang perubatan..
jadi apa? jadi JURURAWAT LELAKI. Mungkin belum ada yang tau, sekarang kementerian kesihatan bukan sahaja buat pengambilan untuk jururawat perempuan, jururawat lelaki pun ada..cara kerjanya tetap sama, gajinya pun sama banyak.,yang beza hanya lelaki dan perempuan.
ape? ingat orang dah tutup mulut daripada mengata mengutuk abang aku? BELUM LAGI!!
bila abang aku teruskan pengajian dia dalam bidang tu, ramai juga still nak mengata dia.
Contohnye macam kat bawah ni la :
"Eeeii..jururawat lelaki? keje tu macam kotor je"
"Jururawat? eeeee nanti nak cuci berak orang"
"Jururawat lelaki?? aaauuwww la"

Tengok tu....aku sendiri tak faham...bila abang aku belum dapat kerja, orang mengata, bila dia dah dapat peluang yang bagus untuk sambung belajar yang menjaminkan pekerjaan, sesetengah orang still nak mengata jugak. Apa salah dia? Tapi aku kagum, dia tabahkan hati selama 3 tahun dia bertungkus lumus belajar , pernah dapat top 10 best student kalau tak silap aku . Alhamdulillah dia berjaya tamat pengajian selama 3 tahun di Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah . Aku bangga tengok dia segak tampan kacak bergaya masa dia konvokesyen dulu. (aku yang teruja lebih padahal bukan aku yang konvo masa tu hahaha) .
Sekarang lepas beberapa tahun dia kerja sebagai Jururawat Lelaki dekat hospital kerajaan, dia dapat pegi kursus (aku lupa nama kursus tu) selama 6 bulan di Kuala Lumpur..lepas berjaya dalam kursus nanti, dia dapat konvo lagi sekali..alangkah untungnya. InsyaAllah jika dimurahkan rezeki, abang aku nak sambung lagi study supaya dia dapat jadi pengajar / lecturer bagi bakal jururawat.
Terima Kasih Allah....

Apa yang aku nak bagitau kat sini...tolonglah jangan melemahkan semangat orang lain, jangan mengata orang lain..rezeki masing2 kita tak tahu kan? orang yang asyik mengata tu masih di tempat yang sama padahal orang yang diperleceh tu makin tinggi mencapai kejayaan atas usahanya sendiri.
Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dalam usaha aku untuk menggapai cita2 aku.
Amin.
Terima Kasih sudi membaca.  (^_^)

7 comments:

  1. terima kasih atas post ini..saya pun belum ada rezeki nak sambung belajar tapi saya tetap bersabar sebab saya percaya saya akan juga sambung study cuma belum tiba masanya sahaja.. :)

    ReplyDelete
  2. mulut org xbleh nk ttup..pape pn sbar je la..ak pn kne bnde yg sme jgk,kdg2 ak bia,kdg2 hti da xtahan ak lepas jgk ckp "susahkan korg ke?mkn duet korg ke?"kte xbleh nk ikut kemampuan org len..org ckp ukur baju dibdan sndri..xgune jgk klu msuk u amk kos yg xsesuai then klua xde keje,lg mnyusahkan mak bpak kn..lg baek kte tgu ape yg sesuai ngn kte..:)

    ReplyDelete
  3. thanx.. cite nie da bg smngt kt sye.. thanx sgt... sye cm anda jgk.. heheh thanx..

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Sedih baca cite nie tp inilah realiti.Kebayakan org yg ambil stpm mesti pernah rasa mcm apa yg kamu rasa.Bukan nak ckp racist tapi saya perasan mentaliti org melayu, yg masuk stpm nie '3rd class student katanya'.Dorang kata yg pandai masuk matrix/asasi/dip uitm so yg bodoh masuk stpm, itu kata mereka.Itu andaian mereka.Tidak menyingung atau menyakitkan hati mana2 pihak.Saya dulu masuk stpm sebab spm saya memang teruk.takde A ada fail lak tu mana2 mohon x dpt.Sedih pastu dgn kwn segan nak jmp.Tp masa ambil stpm alhamdulilah scored pastu dpt belajar kos profesional kat Universiti yg top kat malaysia.Dpt member2 bdk dulu sek mrsm ambil asasi yg spm 8A keatas majoritinya.Banding dgn saya spm satu A pun x de.Tapi apa yg penting bila masuk degree semuanya sama.

    ReplyDelete
  5. sgt suka dan setuju dgan ap yg anda lakukan..=)

    ReplyDelete
  6. thnxs ats cerita anda, situasi anda sma dgn apew yg sya rasa.. skunk nie sya hnya bsabar dsmping brusaha untuk bjaya ke universiti, sya x kisah even kwn2 sya smuanya dah msok u,yg pasti sya x kn putus asa utk brusaha wlaupon sya perlu rpeat stpm semula.. biar lambt jnji sya puas hty dgn sgala usaha saya.. agar segala usaha yg kita lakukan nnti akn diberkati Allah dan brjaya kelak, amin..

    ReplyDelete
  7. thanks berkongsi kisah ni same2..huhu..terasa semangat balik even x dpt U..wahaha

    ReplyDelete