September 26, 2011

Salahkah menggayakan tudung??

Assalamualaikum..
            Again,aku tau tak ada sapa nak baca blog ni..tapi aku tetap nak berblog jugak! degil.
kali ni pasal tudung..sekarang ni semakin ramai perempuan bertudung..macam2 gaya yang ada, cantik2 pulak tu kan? TAPI ..... ade jer suara2 sumbang macam ni  :

"Kalo pakai tudung sebab nak berfesyen jer,baik bukak jer tudung tu!!"
"Eleh,tudung terbelit2 , cucuk pin/paku padahal tak lawa pun!"
"Alah,die pakai tudung sebab nak bergaya jer tu,bukannye ikhlas pun!"
See?? kadang2 bila kita buat benda yang baik pun ,orang still nk mengata itu ini begitu begini.
Well....pada pendapat aku la , apa salahnya kami menggayakan tudung asalkan kami tidak mendedahkan aurat kami. eh eh eh kejap2 , aku bercakap ni bagi pihak yg memakai tudung dengan pelbagai gaya tapi masih menutup aurat dengan tidak mendedah bahagian yg tidak sepatutnye didedahkan..okey?
sambung balik, pada pendapat aku , walaupun kami menggayakan tudung yg kami pakai, ia tetap tidak salah asalkan kami tidak mendedahkan aurat kami.

tengok gambar ni, sopan kan? sejuk mata memandang.
bagi kamu yg pertama kali mahu bertudung tapi malu sebab takut dengan suara2 sumbang yg aku cakap tadi, jangan peduli! kita ni nk buat benda yg baik, perintah Allah !
kepada manusia yg selalu tak puas hati tengok orang lain bertudung kononnye kami memakai tudung kerana cuma nak mengikuti fesyen, jangan cakap sembarangan boleh?
Bagi aku , tak perlulah kamu sampai berkata "bukak jer la tudung tu,pakai tudung tak ikhlas!"
siapa kamu untuk mempersoalkan keikhlasan kami untuk bertudung? mana kamu tahu kami tak ikhlas?
baiklah, nak menang juga kan? aku bagi satu situasi , tak perlu cari sesiapa, aku ni pun bertudung sejak aku berumur 12 tahun. Masa tu pakai tudung sebab mak suruh pakai..memang masa tu kejap pakai, kejap tak pakai tudung..tapi, lepas aku selalu pakai tudung, aku rasa suka pada tudung dan aku mula sedar yg menutup aurat itu wajib!
Kepada segelintir manusia yg pernah berkata "bukak jer la tudung tu,teruk jer pakai tudung tak ikhlas"
kamu jangan sesuka hati je nak kata begitu, kalau kamu betul2 nak orang tu pakai tudung dengan ikhlas, kenapa kamu tak cakap baik2? kenapa kamu tak nasihatkan baik2? kenapa perlu suruh kami bukak jer tudung tu? kamu suruh kami buka sahaja tudung tu kenapa? bukan ke itu lagi teruk kerana kamu sebenarnya secara tidak langsung menyuruh kami membuka aurat kami kan? kan? kan? eleh...hahahaha
sepatutnya kamu kata macam ni "awak,awak memang cantik bertudung dan pandai menggayakan tudung, tapi alangkah lebih bagus lagi sekiranya awak menutup bahagian yg sepatutnye contohnye dengan melabuhkan sedikit kain tudung di bahagian dada, pasti lebih sopan"
see? tak susah untuk menegur baik2, ingat, tegurlah orang lain sebagaimana kita sendiri hendak ditegur..kamu pun pasti tak mahu orang tegur secara kasar kan?

2 comments:

  1. saya baru bermula dengan hijab.. dulu saya freehair... lepas sahaja perubahan saya banyak dugaan yg dihadapi tapi sy tak kisah Allah itu ada dan persetankan dengan pa yg mereka katakan... aku adalah aku... dulu masa freehair seronok tapi bila berhijab terasa nak bukak tudung pon malu... yg new beginner og hijab like me istiqamahkan diri n persetankan mereka..

    ReplyDelete