September 27, 2011

Sedar atau tidak . .

Assalamualaikum.
             
             Aku tak dapat tidur. sekarang 3.32 a.m ..tadi hujan , sejuk je kat sini, Alhamdulillah..aku suka suasana macam ni..
             Aku nak ceritakan sebahagian daripada kisah hidup aku walaupun aku tau tak ada siapa nak baca kat sini. (=.=") . Aku bekas pelajar STPM 2010 tapi aku belum ade rezeki nak sambung belajar..
ramai yang pandang rendah pada aku sebab lepas SPM aku tak sambung belajar ke universiti ,
sebaliknye aku pegi sambung ambik STPM. Bukan aku tak nak sambung belajar ke universiti..
tapi kos yang aku dapat tu aku tak minat..nak kata aku memilih? YA! memang aku memilih.
Apa salah aku? Aku berhak tentukan masa depan aku. Keluarga aku tak menghalang , merekalah yang selama ini memberi dorongan kepada aku. Terima Kasih mak,abah,abang,angah,adik. (T__T)

Kalau berdasarkan result STPM , aku memang layak sambung pengajian ke universiti..tapi mungkin belum ade rezeki. Aku tak pernah menyesal! Tapi ape yang aku kesalkan...sesetengah orang yang pandang rendah pada aku....ape salah aku? aku ambik STPM bukan guna duit "kamu" .
Kenapa "kamu" selalu nak memperlecehkan aku? .

"Mak Su rase kamu ni rugi ambik STPM"
"ko ambik STPM weh?? hahaha"
"oit ,dapat ker sambung wat degree???"
"STPM jer?"

atas tu antara dialog yang membuatkan aku terpaksa senyum walaupun dalam hati ni aku rasa nak lempang orang yang cakap macam tu...ya, aku tak akan membalas balik kata2 orang yang memperlecehkan aku..bagi aku, tak ada gunanya aku membalas setiap kata2 yang menyakitkan hati tu .
Cuma ape yang aku mintak, janganlah kamu mengata, melemahkan semangat dan memperleceh seseorang yang semangatnya seakan hilang kerana kecewa degan sesuatu yang belum dapat dia capai. Sebaliknya kamu tolonglah berikan dia semangat untuk terus mengejar cita2nya agar dia kembali yakin, kembali tenang, kembali bersemangat atas dorongan yang kamu berikan.
Kadang2 aku geram dengan sikap SESETENGAH MANUSIA yang hanya tahu mengutuk, mengata,
memandang rendah, mentertawakan kegagalan orang lain..bila orang tengah susah payah mengejar cita2nya, kau kutuk.
TAPI apabila kami dah berjaya, apabila kami mula berjaya menggapai "bintang di langit" (ececeh ayat aku) , kau mula nak dengki, iri hati dengan kejayaan itu..kenapa???? sedangkan saat kami sedang bersusah payah, kamu gelakkan kami, bila kami berjaya, kenapa kamu tak puas hati?

atas tu gambar masa kitorang pegi Universiti Malaya..ape? mana aku? cari la sendiri. hahaha.

Aku ade cerita menarik untuk dijadikan pengajaran.
Abang aku yang kedua, aku panggil die Ngah. Aku sebenarnya kagum dengan berkat kesabaran dia masa dia menganggur dulu..lepas SPM dia belum ada rezeki untuk sambung belajar..lebih 2 tahun dia menganggur..dalam tempoh tu, kawan2 dia yang lain ramai yang dah melanjutkan pengajian ke universiti..
Aku ingat lagi ada kawan dia datang rumah kami, kawan dia cuma nak bagitau pasal kawan dia dapat tawaran ke universiti..sanggup datang rumah semata2 nak cakap itu jer? sebelum ni tak pernah nampak muka pun. Jiran kami dekat sini ramai yang asyik menyibuk mengata abang aku tak ada kerja.
Manusia..suka berkata2 apa yang tak pernah nampak. Orang yang mengata tu tak pernah nampak "kerja" abang aku masa dia menganggur dulu. Dialah yang pergi pasar, dialah yang hantar aku dan adik ke sekolah, dialah yang hantar aku dan adik pegi mengaji, dialah yang mengecat rumah, dialah yang menjaga rumah, dialah yang paling rajin menolong mak aku memasak, dialah yang memasang menyusun corak batu bata sekitar rumah ni sampai rumah kami nampak kemas dan bersih. Dialah yang banyak melayan kerenah aku dan adik seperti tolong pam tayar basikal kitorang, tolong bawak pegi kedai petang2, bawak kitorang jalan2 naik motor, tolong kitorang pasal kerja sekolah, tolong itu, tolong ini, macam2 lagi.

Dia tak pernah putus asa, rajin solat, semangat dia kuat. bukan macam semangat aku.
Dia cukup penyabar. Pernah beberapa kali gagal dalam temuduga . Berkat kesabaran dia, dia dapat teruskan pengajian dia dalam bidang perubatan..
jadi apa? jadi JURURAWAT LELAKI. Mungkin belum ada yang tau, sekarang kementerian kesihatan bukan sahaja buat pengambilan untuk jururawat perempuan, jururawat lelaki pun ada..cara kerjanya tetap sama, gajinya pun sama banyak.,yang beza hanya lelaki dan perempuan.
ape? ingat orang dah tutup mulut daripada mengata mengutuk abang aku? BELUM LAGI!!
bila abang aku teruskan pengajian dia dalam bidang tu, ramai juga still nak mengata dia.
Contohnye macam kat bawah ni la :
"Eeeii..jururawat lelaki? keje tu macam kotor je"
"Jururawat? eeeee nanti nak cuci berak orang"
"Jururawat lelaki?? aaauuwww la"

Tengok tu....aku sendiri tak faham...bila abang aku belum dapat kerja, orang mengata, bila dia dah dapat peluang yang bagus untuk sambung belajar yang menjaminkan pekerjaan, sesetengah orang still nak mengata jugak. Apa salah dia? Tapi aku kagum, dia tabahkan hati selama 3 tahun dia bertungkus lumus belajar , pernah dapat top 10 best student kalau tak silap aku . Alhamdulillah dia berjaya tamat pengajian selama 3 tahun di Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah . Aku bangga tengok dia segak tampan kacak bergaya masa dia konvokesyen dulu. (aku yang teruja lebih padahal bukan aku yang konvo masa tu hahaha) .
Sekarang lepas beberapa tahun dia kerja sebagai Jururawat Lelaki dekat hospital kerajaan, dia dapat pegi kursus (aku lupa nama kursus tu) selama 6 bulan di Kuala Lumpur..lepas berjaya dalam kursus nanti, dia dapat konvo lagi sekali..alangkah untungnya. InsyaAllah jika dimurahkan rezeki, abang aku nak sambung lagi study supaya dia dapat jadi pengajar / lecturer bagi bakal jururawat.
Terima Kasih Allah....

Apa yang aku nak bagitau kat sini...tolonglah jangan melemahkan semangat orang lain, jangan mengata orang lain..rezeki masing2 kita tak tahu kan? orang yang asyik mengata tu masih di tempat yang sama padahal orang yang diperleceh tu makin tinggi mencapai kejayaan atas usahanya sendiri.
Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dalam usaha aku untuk menggapai cita2 aku.
Amin.
Terima Kasih sudi membaca.  (^_^)

September 26, 2011

Salahkah menggayakan tudung??

Assalamualaikum..
            Again,aku tau tak ada sapa nak baca blog ni..tapi aku tetap nak berblog jugak! degil.
kali ni pasal tudung..sekarang ni semakin ramai perempuan bertudung..macam2 gaya yang ada, cantik2 pulak tu kan? TAPI ..... ade jer suara2 sumbang macam ni  :

"Kalo pakai tudung sebab nak berfesyen jer,baik bukak jer tudung tu!!"
"Eleh,tudung terbelit2 , cucuk pin/paku padahal tak lawa pun!"
"Alah,die pakai tudung sebab nak bergaya jer tu,bukannye ikhlas pun!"
See?? kadang2 bila kita buat benda yang baik pun ,orang still nk mengata itu ini begitu begini.
Well....pada pendapat aku la , apa salahnya kami menggayakan tudung asalkan kami tidak mendedahkan aurat kami. eh eh eh kejap2 , aku bercakap ni bagi pihak yg memakai tudung dengan pelbagai gaya tapi masih menutup aurat dengan tidak mendedah bahagian yg tidak sepatutnye didedahkan..okey?
sambung balik, pada pendapat aku , walaupun kami menggayakan tudung yg kami pakai, ia tetap tidak salah asalkan kami tidak mendedahkan aurat kami.

tengok gambar ni, sopan kan? sejuk mata memandang.
bagi kamu yg pertama kali mahu bertudung tapi malu sebab takut dengan suara2 sumbang yg aku cakap tadi, jangan peduli! kita ni nk buat benda yg baik, perintah Allah !
kepada manusia yg selalu tak puas hati tengok orang lain bertudung kononnye kami memakai tudung kerana cuma nak mengikuti fesyen, jangan cakap sembarangan boleh?
Bagi aku , tak perlulah kamu sampai berkata "bukak jer la tudung tu,pakai tudung tak ikhlas!"
siapa kamu untuk mempersoalkan keikhlasan kami untuk bertudung? mana kamu tahu kami tak ikhlas?
baiklah, nak menang juga kan? aku bagi satu situasi , tak perlu cari sesiapa, aku ni pun bertudung sejak aku berumur 12 tahun. Masa tu pakai tudung sebab mak suruh pakai..memang masa tu kejap pakai, kejap tak pakai tudung..tapi, lepas aku selalu pakai tudung, aku rasa suka pada tudung dan aku mula sedar yg menutup aurat itu wajib!
Kepada segelintir manusia yg pernah berkata "bukak jer la tudung tu,teruk jer pakai tudung tak ikhlas"
kamu jangan sesuka hati je nak kata begitu, kalau kamu betul2 nak orang tu pakai tudung dengan ikhlas, kenapa kamu tak cakap baik2? kenapa kamu tak nasihatkan baik2? kenapa perlu suruh kami bukak jer tudung tu? kamu suruh kami buka sahaja tudung tu kenapa? bukan ke itu lagi teruk kerana kamu sebenarnya secara tidak langsung menyuruh kami membuka aurat kami kan? kan? kan? eleh...hahahaha
sepatutnya kamu kata macam ni "awak,awak memang cantik bertudung dan pandai menggayakan tudung, tapi alangkah lebih bagus lagi sekiranya awak menutup bahagian yg sepatutnye contohnye dengan melabuhkan sedikit kain tudung di bahagian dada, pasti lebih sopan"
see? tak susah untuk menegur baik2, ingat, tegurlah orang lain sebagaimana kita sendiri hendak ditegur..kamu pun pasti tak mahu orang tegur secara kasar kan?

September 24, 2011

Kau Sedih Ke?

Assalamualaikum.
  
          Sedih? Siapa yang tak pernah sedih? Aku? Ya, pernah. Kalau kamu tanya orang lain ape yang diorang akan buat kalau diorang sedih, mesti 70% akan jawab menangis...ya,aku tahu kadang2 menangis
sedikit sebanyak dapat melepaskan rasa sedih yang terbuku dalam dada (kenapa ayat aku macam ni) .
                                         ************************************
MENANGISLAH JIKA ITU YANG TERBAIK <------ aku selalu dengar kata2 macam ni.
Memang aku tak nafikan....aku pun menangis kalau aku sedih. Tapi....kalau dah menangis sampai mata
jadi bengkak dan merah , air mata tak berhenti selama 3 hari 2 malam, tu dah parah kamu tau tak??
ada perkara lain yang boleh kamu lakukan kalau tengah sedih..simpan air mata kamu !

1. SOLAT    Yes..dah solat? dah? Alhamdulillah... selalunye kalau ade kawan2 yang sedih, antara dialog yang korang akan dengar ialah....
   "Aku sedih giler ni , nak nangis sampai bulan depan."
   "Jangan kacau aku , aku nak pegi jauh dari sini supaya dapat kurangkan kesedihan aku"
   "Weh,ape lagu yang best untuk orang tengah sedih macam aku ni??"
dan mungkin kamu pernah dengar..."Aku sedih giler..bf aku tinggalkan aku..macamana aku nak hidup tanpa
beliau di sisi" ..............jawapan untuk semua ketenangan yang kamu cari, ade dalam solat. Cubalah...sebab
aku jamin...kamu akan rasa tenang lepas solat. Percayalah~~~

2. REDHA / SIBUKKAN DIRI DENGAN AKTIVITI LAIN
     
Redha dengan ape yang terjadi...percayalah , hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan menangis.. buatlah sesuatu yang berfaedah supaya kamu mendapat manfaat daripadanya.
Kamu ade kucing? tak ada? jadi pegi beli sekarang, ataupun pinjam atau ambil saje kucing sesiapa yang lalu depan rumah kamu. Kenapa aku kata macam ni? sebab aku nak ajar kamu jadi penculik kucing. (=.=")
bukanlah..adehhh..percayalah cakap aku, kucing ni mampu buat kita ketawa/gembira. Siapa yang ade kucing,mesti die tau. Okey , kalau tak nak kucing, buatlah aktiviti yang lain contohnye macam yang aku buat ni...BERBLOG...orang lain selalu cakap yang berblog ni macam orang tak ada life...hahaha, sebenarnye inilah sebahagian daripada kehidupan. Sekurang2nye masa lapang kamu terisi dengan sesuatu benda yang berfaedah...orang yang tak buat ape2 tu baru la kite panggil tak ada life..hahahaha *ehem.

3. MEMBACA
      
Haaaa...ni memang aku suka..sebab apa? sebab aku suka membacalah hahaha *ehem.
Aku suka minat suka minat suka minat dengan komik. Tengok tu berapa kali aku taip suka minat suka minat suka minat..tu maknanye memang aku minat betul2, tak main2 punye minat. hehehe nak lempang aku?
ermmm...membaca ni memang bagus..dapat tambahkan ilmu, dapat tenangkan fikiran, aku memang suka membaca,sebab bila aku fokus membaca sesuatu, aku rasa semua masalah / kesedihan aku hilang.

    
   
antara sedikit komik2 yang aku kumpul...
Tengok tu, hihihi novel pun ada, tapi......aku malas nak ungkit pasal novel2 aku. Eh,bukan komik saje yang kena baca tau, buku ilmiah pun kena baca jugak..ni aku tunjuk gambar komik sebab ini je gambar yang ade hahaha..so, sedih lagi ke?? alahai,sudah2 la tu, tak cantik la kalo nangis. *terasa.*
       Jadi ini saje sedikit yang aku dapat kongsi...kenapa? sebab kalau aku kongsi banyak2, bukan ade orang baca pun hahahaha kan? oh ye, sebelum tu aku nak pesan pasal solat tadi, jangan bile sedih jer baru tau nak solat, sedih ke, happy ke, solat tetap wajib! percayalah, jika kamu sedang sedih mohonlah ketenangan daripada Allah , aku percaya, sedikit sebanyak, kamu pasti akan lebih tenang.
 

Errr....Hai.

Assalamualaikum.

             Ini bukanlah blog aku yg pertama...ni blog yg ke-3 kalau tak silap aku. Dulu aku ade blog, aktif..tapi bila STPM makin dekat, aku ambik keputusan untuk stop kejap daripada berblog nih...masa aku tgh menaip ni, STPM dah pun hampir2 setahun berlalu.
             Hidup aku tak sama macam orang lain. Eh..tu nanti la aku cerita. Oh....kenapa nama blog ni Blog Cik Miau? Aku ni minat giler dengan kucing...dulu aku ade seekor kucing yg aku sayang sangat2...tapi sekarang die dah mati...ye,memang aku suka kucing,tapi entah kenapa sampai hari ni, aku masih tak boleh nak sayangkan kucing lain lebih sama dengan kucing aku yang mati dulu tu. EH EH EH! Jangan fikir bukan2,
  (=.=")     maksud aku kat sini, kucing yang mati tu dah jadi kawan aku dalam rumah ni hampir 7 tahun. Agaknye sebab tu aku terlampau sayangkan kucing tu.

            
ni la die...nama die Mok...hahaha